Dialog dengan Anak

Abang bangun pagi ni dengan pipi bengkak sebesar separuh bola ping pong. Patut lah malam tadi dia dua tiga kali terjaga. Sakit gigi rupanya.

"Abang, nanti kita pegi klinik ya, jumpa doktor"

"Doktor yang mana satu?"

"Dentist la, yang ubatkan gigi Kak Long hari tu"

"Tak nak, nak doktor yang biasa"

(Ye lah tu, doktor yang biasa tu selalu bagi vitamin lepas check up. Dentist yang dekat rumah tu lelaki India, mungkin dia gerun sikit sebab tak biasa).

"Laa, doktor tu dia tak pandai pasal sakit gigi. Kalau sakit gigi kena pegi jumpa doktor gigi"


"Tapi Abang bukan sakit gigi, Abang sakit pipi aje.........."

Aduus, auta pulak anak jantan aku ni.



********************


Dua tiga hari lepas,..................


"Ibu, nanti bila Abang besar, Abang nak tukar bilik ni jadi labour room, bilik ni jadi labour room".

Abang cakap kat Ibunya sambil menuding ke arah biliknya dan bilik Kak Long dan Kak Ngah.

"Labour room? Kenapa Abang nak tukar jadi labour room?"


"Ye lah, nanti semua orang boleh senyap-senyap, baca buku"


"Bang, itu orang panggil library bang, bukannya labour room"


"Oh, ya ke?"


Abang terkulat-kulat senyum dah tahu dia salah cakap.

Si Ibunya merah muka tahan perut nak tergelak.

Comments

PB said…
so...camner...??
dah ok ker sakit gigi abe tu?
wan said…
dia tau ke labour room tu ape? :D
PB - si abang punya pipi masih bengkak lagi hari ni walaupun dah kuarng sikit dari semalam

Wan - i don't think he realised the difference. Cakap ikut sedap mulut je.
Mak Andeh said…
Hahaha..I guess boys memana serupa ajer. My boys pun banyak sangat autanya. And Adik pun will just say apa yang terlintas kat kepala.

Popular posts from this blog