Entri Pasca MERDEKA

Anak-anak ku,

Negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 48 semalam. (Itu sebabnya anak2 cuti dan tak perlu pergi ke sekolah!).

Sebenarnya Ayah berasa sangat bangga, terharu dan pada masa yang sama 'teruja' (perkataan baru yang sangat popular sejak kebelakangan ni) membaca entri-entri merdeka di alam blog maya di Malaysia ini.

Terima kasih kepada En Jeff Ooi yang memberikan pautan yang membawa Ayah ke blog-blog yang menarik dan lebih penting, bernas di hari menyambut kemerdekaan negara kita.

Paling menarik bagi Ayah ialah entri dari En. Belacan dengan 10 harapannya. Sesungguhnya, Ayah juga (dan tentunya sebahagian besar rakyat Malaysia) berkongsi IMPIAN yang besar ini:

  1. Moga-moga negara kita selamat dan aman, rakyat cerdas dan berwibawa.
  2. Moga-moga tentera, polis, bomba dan semua yang berkorban untuk menjaga keselamatan negara dilindungi Tuhan.
  3. Moga-moga ahli parlimen dan dewan undangan negeri yang telah kita mengundi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat, tidak mengira kaum dan status.
  4. Moga-moga anak-anak kita tidak membinasakan diri dan negara dengan dadah dan jenayah.
  5. Moga-moga negara jiran kita hidup aman damai dan saling bekerjasama untuk kepentingan bersama.
  6. Moga-moga ACA kita mampu mengurangkan penyakit rasuah di seluruh negara ke tahap yang boleh dibanggakan.
  7. Moga-moga teras kepimpinan negara diberkati Tuhan.
  8. Moga-moga meritokrasi yang tulin diamalkan untuk kesejahteraan masa hadapan negara, terutamanya dalam pendidikan anak-anak Malaysia. Bantulah mereka yang memerlukan bantuan tetapi jangan bunuh harapan anak-anak yang berbakat.
  9. Moga-moga kami membantu mereka yang miskin tanpa mengira kaum tetapi bukan dengan penyuapan, tetapi dengan tunjuk-ajar, kemahiran diri dan peluang untuk berniaga.
  10. Moga-moga kita bersatu sebagai satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia, tanpa kehilangan identiti, budaya dan bahasa ibunda masing-masing.


Ayah sangat yakin, rakyat Malaysia semuanya cintakan negara ini. Semuanya berkongsi impian yang sama untuk hidup aman di bumi tercinta ini sebagai satu bangsa yang saling berkerjasama tanpa mengira bangsa, agama atau darjat.

Anak-anak ku,

Membaca entri-entri ini, membuatkan Ayah terharu....kita (MALAYSIA) masih mempunyai HARAPAN untuk mencapai IMPIAN itu.

Comments

Aduuh, depa dah mai dah...Tak guna punya spam
Kak Teh said…
kaka teh pun dah sampai ke sini!!! sungguh bertuah berkenalan dengan superhero!! I have linked you!!
Yey!!, Kak Teh visited my blog. Selamat datang, marhaban bikum.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...