UPSR oh UPSR (Dah habis....)
Merdeka3x! - Laungan seorang ibu yang anaknya bru brgelar graduan upsr! wakaka! Begitulah SMS yang Aku terima dari my roommate sebaik sahaja dia balik dari mengambil Kak Ngah yang baru habis peperiksaan UPSR di sekolahnya pada petang Khamis 15hb September. Dapat kurasai betapa leganya perasaan seorang ibu bagaikan segala kegusaran dan kegelisahan sejak dua tiga hari yang lalu hilang lenyap sekelip mata. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tengahari tadi diberitakan kantin sekolah anak Aku bagaikan pesta dengan ibubapa membawa bermacam-macam makanan tengahari untuk anak-anak mereka yang akan menyambung peperiksaan selepas rehat tengahari. Ada yang bawa KFC, ada yang beli Mc D.....mungkin itulah yang dipesan oleh anak masing-masing. :)