Ramadhan (final) Updates

"Wa tammat kalimatu rabbika sidqan wa 'adlan, La mubaddila li kalimaatihi, wa hua assami'u 'aleem"

AlhamdulilLah, Tuhan memberkenankan hajat ditengah-tengah kesibukan urusan duniawi yang seolah-olah tak akan ada penghabisannya kecuali apabila sampai seruan ajal.

AlhamdulilLah pada tahun ini surau dekat rumah aku juga penuh dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang menarik ramai jemaah untuk lebih mengimarahkan rumah Allah. Sampai hujung Ramadhan masih ada lagi berbaki 200 - 300 orang jemaah lelaki (tak termasuk jemaah perempuan di tingkat atas dan kanak2) yang masih setia menunggu untuk mendengar tazkirah selepas solat tarawih dan kemudiannya berwitir bersama2.

Ada dua tiga orang penceramah mengingatkan tentang betapa perlunya kita sentiasa berdoa, berdoa and berdoa kepada Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.

Antara intipati tazkirah yang mampu dikongsi:

  • minta lah - apa saja yang kita hajatkan kerana kita tiada daya dan upaya untuk mendapatkan sesuatu pun kecuali dengan perkenan Allah
  • "La hau la, wala quwwata....illa billah"
  • minta lah, merintih lah memohon keampunan dan apa saja hajat kita, kerana sememangnya kita hanya lah seorang HAMBA, tiada apa yang kita ada disisi Khaliq
  • baca lah al Quran, berazam lah untuk membaca al Quran dan mintak lah kepada Tuhan semoga Allah memperkenanka hajat kita untuk membaca al Quran
  • berapa kali kah kita ada berniat untuk membaca al Quran tetapi akhirnya 'tak jadi disebabkan hati tiba-tiba teringatkan sesuatu yang lain; kaki yang terlebih dahulu bangun dari tikar sembahyang sebelum sempat tangan mencapai al Quran? Itu semuanya kerana Tuhan belum memperkenankan hajat kita membaca al Quran - dan ini mungkin kerana kita tidak cukup kuat memohon meminta diperkenankan hajat kita untuk membaca al Quran
  • berdoa lah untuk memintak sesuatu yang simple, sesuatu yang selayak dan setaraf dengan kita. Contoh yang diberikan oleh salah seorang penceramah - jangan lah kita minta Tuhan kurniakan bonus 3 bulan kalau kita bekerja sebagai nelayan.
  • banyak doa2 dalam bahasa Arab yang kita tak memahami maksudnya; atau yang terlalu 'tinggi' permintaannya yang mungkin belum layak kita memintanya dari Tuhan - contohnya ada doa "Ya Allah, jadikan lah akhlak ku seperti akhlak Rasulullah..." Walaupun tak salah, tapi mungkin belum layak lagi kita mendapatkan darjat setinggi Rasulullah jika kita masih lagi struggle hatta untuk sembahyang berjemaah 5 kali sehari di surau belakang rumah!
  • mintak lah dengan Tuhan perkara yang dekat dengan kita dengan bahasa yang kita fahami untuk lebih khusyuk dalam meminta kepadaNya....Ya Allah, Aku nak baca Quran, ya Allah. Aku nak baca Quran ya Allah, berikan lah aku kelapangan sedikit masa untuk baca Quran Ya Allah....."

Sesungguhnya sebulan bulan Ramadhan adalah bulan latih-tubi untuk memperbaiki diri dan mendidik hati supaya lebih taat dan menginsafi konsep seorang HAMBA kepada yang menciptanya.

Jika ujian untuk orang pergi naik haji ialah selepas dia pulang dari hajinya, maka sesungguhnya perjalanan kita selepas sebulah latih tubi Ramadhan baru bermula.....

Teringat pesanan ringkas dari abang aku, dua hari yang lepas,

"...DAN SESUNGGUHNYA TUHAN TETAP MAHA PEMURAH WLAUPUN TIDAK MLM LAILATULQADAR."

Berdoa lah, semoga kita semua diperkenankan Allah untuk menyambut kedatangan Ramadhan 1432 Hijriyyah. InshaAllah.

Comments

Bunga Rampai said…
Alahai ... sedih pula membaca entri ni sebab Ramadhan dah berlalu. Mudah-mudahan kita diberi lagi kesempatan menunai puasa Ramadhan tahun depan.

Terima kasih berkongsi ilmu. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya kepada OSH dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
Cik Rampai: Selamat Hari Raya kembali. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi.

Popular posts from this blog