Posts

Showing posts from September, 2005

Aduuh

UPDATED VERSION Anak Anak ku, Maaf, ini bukan nak cerita pasal lagu Aduh Saliha. Mungkin Anak-anak ku tak tahu, baru2 ni Kota Bharu sudah diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam - (Mawi pun dijemput untuk buat persembahan dan sembahyang berjemaah kat Stadium). Tentu sekali sebagai warga Darulnaim Ayah terasa gembira dengan pengisytiharan itu. Tahniah untuk pentadbiran kerajaan negeri Darulnaim. [Tahniah juga buat YB Takiyuddin yang Ayah kenali, kerana Ayah tahu dia bekerja kuat untuk semua ini]. Tapi rupanya, ada juga orang yang tak berapa gembira. Khabarnya, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri kita kurang senang dengan pengumuman itu. Pengisytiharan bandaraya Islam dikhuatiri jatuhkan imej agama Penasihat Agama kepada Perdana Menteri berkata, pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam boleh menjejaskan nama baik agama sekiranya pengurusan bandaraya itu tidak menepati kehendak Islam. (malaysiakini, 30 Sept 2005 - subscription required) Ya, baca betul-betul. Penasihat Agama ...

Entri Pasca MERDEKA

Anak-anak ku, Negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 48 semalam. (Itu sebabnya anak2 cuti dan tak perlu pergi ke sekolah!). Sebenarnya Ayah berasa sangat bangga, terharu dan pada masa yang sama 'teruja' (perkataan baru yang sangat popular sejak kebelakangan ni) membaca entri-entri merdeka di alam blog maya di Malaysia ini. Terima kasih kepada En Jeff Ooi yang memberikan pautan yang membawa Ayah ke blog-blog yang menarik dan lebih penting, bernas di hari menyambut kemerdekaan negara kita. Paling menarik bagi Ayah ialah entri dari En. Belacan dengan 10 harapannya . Sesungguhnya, Ayah juga (dan tentunya sebahagian besar rakyat Malaysia) berkongsi IMPIAN yang besar ini: Moga-moga negara kita selamat dan aman, rakyat cerdas dan berwibawa. Moga-moga tentera, polis, bomba dan semua yang berkorban untuk menjaga keselamatan negara dilindungi Tuhan. Moga-moga ahli parlimen dan dewan undangan negeri yang telah kita mengundi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rakya...