Posts

Let's Run - Putrajaya Night Marathon 2011

Image
Yesterday.......Saturday night run at Putrajaya Night Marathon. Today.......recovering mode. Will write a bit more, InshaAllah.

UPSR oh UPSR (Dah habis....)

Merdeka3x! - Laungan seorang ibu yang anaknya bru brgelar graduan upsr! wakaka! Begitulah SMS yang Aku terima dari my roommate sebaik sahaja dia balik dari mengambil Kak Ngah yang baru habis peperiksaan UPSR di sekolahnya pada petang Khamis 15hb September. Dapat kurasai betapa leganya perasaan seorang ibu bagaikan segala kegusaran dan kegelisahan sejak dua tiga hari yang lalu hilang lenyap sekelip mata. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tengahari tadi diberitakan kantin sekolah anak Aku bagaikan pesta dengan ibubapa membawa bermacam-macam makanan tengahari untuk anak-anak mereka yang akan menyambung peperiksaan selepas rehat tengahari. Ada yang bawa KFC, ada yang beli Mc D.....mungkin itulah yang dipesan oleh anak masing-masing. :)

UPSR oh UPSR

Maka hari ini, bermulalah UPSR untuk semua pelajar-pelajar darjah 6 tahun 2011. Dalam mukabuku , aku dapat tengok ramai jugak kawan2 yang ada anak ambik periksa UPSR tahun ni. He he...dah meningkat umur kita ye... Dizaman serba kompetitif ini, peperiksaan darjah 6 pun dah jadi macam periksa SPM. Mak bapak tak lena tidur, anak stress dengan tuition dan macam-macam lagi lah. Handphone my roommate tak berhenti2 dapat SMS pasal tajuk tu lah, topik ni lah yang diramal akan keluar periksa hari ni dari ibu-ibu dan kawan2 yang seangkatan dengannya. Aku bagitau dia, tak payah nak stress kan budak tu. Tahun ni Kak Ngah akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadi ni dah kira pengalaman kedua ada anak ambil UPSR lah kiranya. Suspens, nervous sebenarnya dah tak de sangat dah bagi aku. My roommate kat rumah tu, mungkin adalah kot. Kenapa aku kurang suspens tahun ni? Mungkin sebab berbeza dengan Kak Long, anak aku yang nombor dua ni tahu dan faham apa yang dia nak. Dia sendiri ada cita-cita nak buat...

Ramadhan 2011

Image
We are coming to the end of Ramadhan 2011/1432H. I wish to congratulate you for the job well done during the month of Ramadhan. May Allah accepts all your good deeds and reward you with His blessings and forgiveness. Image source The sighting of new moon will be held later this afternoon. May this year's Eid brings joys and happiness to you and your loved ones. Eid Mubarak; Kullu 'Am Wa Antum Bi Khair. Maaf Zahir Batin saya pohon dari kawan-kawan bloggers.  Semoga hubungan silaturrahim kita berkekalan. InshaAllah.

Ramadhan 2011

  "Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" MAKA beruntunglah sesiapa yang meninggalkan sebahagian daripada tidurnya untuk sujud memohon rahmat dan keampunanNya. Ramadhan 2011/1432H telah hampir melabuhkan tirainya.

Ramadhan 2011

AlhamdulilLah. Dah masuk hari ke 16 berpuasa. Lagu Raya dah mula berkumandang di corong-corong radio sejak semalam. Best jugak layan lagu raya masa sangkut dalam traffic jam dalam perjalanan nak balik rumah sebelum berbuka. Maknanya ada 14 hari lagi nak habis Ramadhan, book mark tadarus anda kat mukasurat berapa ek?

Ramadhan 2011

AlhamdulilLah. Rahmat Ramadhan.  Tak perlu berkejar-kejar nak lunch. Masjid penuh dengan jemaah di waktu Zohor. Ramai yang dah datang masjid dari jam 1.00 ptg walaupun masuk waktu Zohor jam 1.23. Sekurang-kurangnya ada yang dapat 20 minit untuk mengaji atau tidur(?)...ermm.....,whichever is applicable. :)