Pra Hari Raya

Kepada kawan-kawan dan pengunjung2 yang budiman,


SALAM AIDIL FITRI

& MAAF ZAHIR DAN BATIN


Semoga semuanya dapat meraikan hari kemenangan dengan ceria
bersama keluarga setelah sebulan beribadat.

InsyaAllah.


Sapa2 nak duit raya klik sini




*********************

Agak nya ramai yang sudah mula bercuti.

Ya lah, kalau ditengokkan dengan betapa ramainya orang di SOGO hari ni, memang sah lah diorang ni sanggup cuti untuk membeli belah.

Kalau yang kat opis pun belum tentu buat kerja. Kepala asyik pikir nak raya aje. Telinga terngiang2 lagu raya Hail Amir dengan Uji Rashid. Suruh buat apa pun lembab.

Tadi dah distribute duit raya kat semua staff dan lawyer. Adalah sikit2 sorang. Sekurang-kurangnya boleh lepas duit minyak, duit tol dan duit beli gula2 untuk anak2 diorang masa pam minyak kat stesen minyak. Ini lah susah kerja service industry. Ada naik ada turunnya. Letih mengejar client2 semua mintak tolong bayar bill sebelum Raya. Mana yang dah janji nak bayar pun macam-macam alasan. Tengah proses lah, cek dah siap tapi masih tunggu orang sain lah, tengah tunggu sorang lagi signatory lah, dah courier lah (tapi tak sampai2 dari minggu lepas - lori courier terbalik ke?).

Macam-macam hal.


*****************************


Dah siap segala barang-barang nak raya?

Untuk anak2 dan Wife aku, semua dah siap. Baju kurung dan baju melayu (orang kelantan panggil baju gumbae) untuk anak2 dan wife dah beli masa balik Kelantan cuti sekolah hari tu. Baju dan seluar raya yang lain dah beli kat SOGO seminggu belum puasa. Kasut budak2 dan Wife pun dah beli dua minggu lepas kat ISETAN KLCC.

Dan selalunya, MIL akan buat baju kurung dan baju melayu sepasang sorang untuk cucu-cucu dia.

Tahun ini aku pakai baju melayu warna MERAH. Itu my boy yang pilih. Warna apa pun ..... aiman tak kisah.


*********************

Sebenarnya bab-bab cari baju raya, seluar raya etc. ni aku memang tak berapa ambik port sangat. Aku just make sure anak2 dan Wife punya keperluan dah ada, cukuplah. Bayangkan masa mula2 kahwin sampai nak masuk anak ke-4 aku masih dok gilir tiga pasang baju Melayu masa aku kahwin dulu lagi. Kalau tahun ni raya puasa baju biru, raya haji pakai warna beige, pastu raya puasa tahun depan pakai baju warna peach pulak. Then raya haji tahun depan pusing baju biru balik. Lagi pun aku memang jenis maintain dan tak kembang2 (kat perut dan pinggang) walau pun lepas kahwin.

Sampai satu tahun tu, agaknya mak mertua aku dah boring tengok aku dok ulang baju sama aje, dia pun belikan sepasang - sama warna dengan anak laki aku. So sejak dari 2 tahun lepas, baju melayu aku sedondon dengan baju raya anak laki aku.

Tapi tahun ni aku kena beli kasut atau sandal raya. Sebab sandal yang aku dok pakai sejak 3 tahun lepas tu dah kena rembat.


**********************

Dua tahun lepas aku sempat sambut hari raya pertama dua kali. Satu di Madinah, sempat sembahyang raya di Masjid Nabi kemudian bergegas ke airport. Bila balik sampai KLIA pada pagi hari raya pertama sekali lagi, walaupun tak sempat sembahyang raya sekali lagi. Bestnya lepas buat umrah dan berpuasa di sepuluh hari terakhir Ramdhan kat Makkah dan Madinah. Bila sampai KLIA, tengok anak2 dan Wife dah siap tunggu dengan pakaian raya. Itu lagi terharu. Memang best giler.

Raya tahun lepas.........aku raya kat HOSPITAL. Gleneagles dan Ampang Putri for more than a month!.

Ya, Aku adalah sebahagian dari statistik kemalangan di musim perayaan tahun lepas. [Read: here, here and here]. Aduh dugaan betul. Apa pun aku sangat2 bersyukur, sebab tak melibatkan kemalangan maut. Apa yang aku dan keluarga aku alami mungkin tak seteruk orang lain yang kehilangan orang tersayang, patah, cacat atau cedera kekal etc. etc. Kalau tengok rupa NazaRia yang aku drive tu hancur (total loss), sapa pun tak kan percaya kami sekeluarga boleh selamat. Itu lah kuasa Tuhan. Aku hanya pasrah dan bersyukur banyak2.


*******************

Tahun ni, seperti kebiasaannya sejak aku berkahwin, kami sekeluarga akan menghabiskan akhir Ramadhan dan kemudiannya menyambut Hari Raya pertama di Ayer Keroh, Melaka. Dan pada hari raya ke-2, kami akan bertolak balik ke Pasir Mas. Tapi kali ni, kitaorang naik flight.

Ini memang dah rutin hari raya puasa buat aku dan my Wife (at least setakat ini). Tak payah nak o-som atau nak buat jadual. Wife hanya dua beradik dengan adik lelakinya yang beristerikan orang Kedah. On my side, kedua2 orang tua Aku dah lama meninggal - masa aku belajar lagi. Jadi apa salahnya aku mengutamakan dan meraikan kedua orang mertua aku dulu
sebelum balik kampung beraya dengan adik-beradik aku yang lain.


Will drive back to Melaka this Saturday then on second day of raya will drive to KLIA, leave my car there and will be back in KL by Sunday morning. InsyaAllah.


Akhir sekali, kepada rakan2 blogger yang akan memandu untuk pulang ke kampung halaman, semoga Tuhan akan melindungi anda sekeluarga dari segala halangan, bala dan bencana pergi dan balik.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya untuk semua.


Eid Mubarak

Kullu 'Am Wa Antum bil Khair.

Comments

anggerik merah said…
Salam Aidilfitri untuk OSH and family.

Yes, I still remember what you and familt been thru lasy year.

Amboi...baju raya warna merah lagii...dari jauh dah boleh nampak..

Have a wonderful celebration.
AuntyN said…
OSH : Baju Melayu warna merah ya? Balik pasir Mas tu jangan dok pi bendang kut-kut lembu suka pulak kat baju merah tu hehehe.

Like Anggerik, I remember the ordeal you and family went thru last year. Alhamdulillah umur masih panjang tu. Banyak hikmah tu kan?

Selamat menyambut Hari Raya, maaf zahir bathin kalau ada terkasar masa dok komen2 kat sini ye? Perception dan intepretation manusis berbeza2 kan?
Anggerik Merah: Salam Aidilfitri to you and family too. Thanks for your prayers during my difficult time.

AuntyN: kat P Mas ada bendang kering saja, lembu/kerbau dah tak da. Ramai orang dah tak buat padi. Kejadian tahun lepas memang terlalu berharga untuk ingatan saya. Maaf Zahir Batin saya pohon.
Ailin: what happened last Raya felt like it was just happened yesterday. It's a reminder to me as well as all of us. Thanks.
Bunga Rampai said…
Salam OSH,

Hari Raya Aidilfitri hanya sekali setahun, namun ujianNya berkali-kali dalam jangka waktu yang sama. Segalanya ada hikmah yang menjadikan kita manusia yang lebih menghargai kehidupan dengan apa yang kita ada, dan tidak menyesali dengan apa yang kita tiada

Salam Aidilfitri untuk OSH dan keluarga. Maaf zahir dan batin.

Satu famili berbaju merah? OOhhh...garangnya!

Isy, kena minta maaf lagi ni :))
MA said…
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Moga selamat di perjalanan pergi dan balik.

p/s masa hari Nuzul Quran tu I was at the Sg Besi hiway when the traffic signboard dah tulis warning " Parking penuh di Jalan TAR. Sila ambil kenderaan awam".

Then I detour ikut taman desa and dekat jalan kucing dah tulis warning " elakkan Jalan TAR".

Cannot imagine the chaos!
Kak Teh said…
selamat hari raya OSH and family. drive carefully ya!
Ku Keng said…
OS,

Salam dari saya dan selamat menyambut Syawal serta ampun maaf atas kesilapan dan kekasaran.

Pandu cermat.
Cik Rampai: salam hari raya. Semoga sentiasa ceria menyambut Syawal.

Mak Andeh: Kalau Nusul Quran tu jangan harap lah kalau nek masuk KL lepas tengahari.
Kak Teh: Salam Aidilfitri to you and family too. Harap sambutan di sana semeriah di kampung.

Ayoh Keng: Hamba pun menyusun sepuluh jari pohon kemaafan atas segala kesalahan hamba.

Ailin: Thanks for your kind doa. Alhamdulillah. I'm back in KL now.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Mental Blogging

Kisah Ibu dan Anak