Salam Eid ul Adha

Salam Eid ul Adha.

Anak2 ku,

Buat pertama kalinya kita akan berhari raya di Kuala Lumpur sahaja pada tahun ini. Tidak seperti tahun2 yang lepas, kita biasanya akan pulang ke kampung Ayah di Pasir Mas untuk menyambut hari raya Haji. Kalau tak pun, sekurang2 nya kita akan pulang berhari raya di kampung Nenek dan Atok kamu di Ayer Keroh, Melaka.

Tahun ini, oleh kerana Kak Long dan Kak Ngah sudah bersekolah di sekolah rendah dan cuti yang singkat, ditambah pula Ibu mu masih dalam pantang, jadi Ayah mengambil keputusan untuk berhari raya di sini sahaja. Lagi pun Nenek kamu dah memang duduk di rumah kita sejak hampir dua bulan yang lalu untuk menjaga dan membantu Ibu.

Petang tadi Pak Su dan keluarga tiba untuk bersama2 berhari raya dengan kita. Kak Jaja pun ada. Ayah dah ajak Cik Ngah dan Chue bersama dengan keluarga masing2 untuk datang ke rumah kita lepas sembahyang raya pagi esok. Tentu seronok dapat berkumpul adik beradik, sedara sepupu dan keluarga masing2. Biar meriah macam kita biasa berhari raya di Kelantan.

Orang selalu kata Raya Haji di Kelantan meriah, lebih meriah dari sambut raya haji di Kuala Lumpur. Tapi pada pandangan Ayah, meriahnya hari raya haji di Kelantan berbanding di KL mungkin ada beberapa sebab.

Pertama, orang KL memang tak beraya langsung/tak sambut langsung hari raya haji (dan bukannya orang Kelantan beraya lebih).

Kedua, kalau bukan sebab ada sembahyang sunat Eid ul Adha, sesetengah orang KL tak ingat pun kenapa esok cuti tak payah pergi opis.

Ketiga, sebab hanya AJK kariah mesjid aje yang sibuk buat korban, melapah dan membahagikan daging korban. Ramai yang lain datang bawak kupon nak tuntut agihan daging. Orang yang berniat korban pun hanya wakilkan saja kepada AJK kariah masjid untuk jalankan ibadat korban bagi pihaknya. Tak datang pun mesjid tengok binatang yang dikorbankannya tu disembelih.

Berbeza dengan hari raya di Kelantan.

Pertama, yang dah pasti, cuti hari raya pun dah dua hari.

Kedua, tak ada orang buat korban dan sembelih binatang korban di mesjid.

Ketiga, urusan sembelih, melapah dan mengagihkan daging korban di buat di rumah. Biasanya di sebuah kampung akan ada satu atau dua buah rumah akan jadi tuan rumah untuk buat acara korban. Selalunya juga, ada 3-5 ekor lembu yang dikorbankan di satu tempat. Semua orang akan berkumpul untuk berhari raya dan pada masa yang sama, membantu mana yang patut. Selalunya juga, sebahagian daging dari lembu yang mula2 disembelih akan dimasak untuk dihidangkan kepada tetamu dan orang2 yang datang membantu. Masa orang lelaki sibuk melapah daging, oarang2 perempuan dah sibuk menumis dan menyediakan lauk di dapur. Tak boleh nak gambarkan rasa berselera makan nasi panas2 dengan lauk daging goreng, daging singgang, perut muda cicah air asam dari daging fresh yang baru disembelih. Suasana di rumah tempat korban riuh macam ada kenduri.

Ayah ingat lagi, kalau Ayah ada buat korban, Ayah kena ada di tempat korban (biasanya buat kat rumah Tok Husin) sebaik saja lepas sembahyang hari raya. Sebelum lembu disembelih, akan dibuat aqad jual beli bahagian lembu yang nak dikorbankan dulu. Lepas tu wakilkan kepada jurusembelih untuk sembelihkan lembu tu bagi pihak Ayah. Orang yang melaksanakan korban disuruh berniat korban semasa darah pertama lembu korban menitis bila lehernya disembelih.

Lepas lembu tu disembelih, semua orang yang ada pakat tolong melapah dan memotong daging sebelum ditimbang samarata untuk dibahagikan kepada 7 atau 8 bahagian bergantung kepada saiz lembu tu. Kemudian orang yang berniat korban itu akan bawa balik daging dan mengagih2kan sendiri kepada orang2 miskin dan jiran tetangga, bukannya AJK mesjid.

Kalau masa Ayah kecik2 dulu, kerja mengagihkan dan menghantar daging tu dah memang tugas Ayah. Arwah mak Ayah akan bungkus daging dalam daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas suratkhabar. Lepas tu, Ayah akan naik basikal dan hantar daging tu kerumah jiran2 dan orang2 kampung. Kadang2 sampai ke kampung sebelah.

Emmm, dah lah hari raya puasa hari tu tak kesampaian nak raya di Kelantan, esok sambut raya haji pun kat KL aje.

Syahdunya.

Comments

Kak Teh said…
Kpd YB OSH sekeluarga, selamat menyambut hari raya aidil adha..Kak Teh sekeluarga akan bersolat raya di restoran mawar kerana dewan malaysia pastinya penuh.
Suami Kak Teh pun ada memberitahu anak bongsu bahawa hari raya haji di kelantan dan terengganu lebih meriah.
ps - thanks for the wonderful comment in my blog.
anggerik merah said…
OSH, thanks for sharing. The same practice we had during raya haji at my kampung. Betul tu, kat KL memang tak rasa suasana raya langsung. Disamping berkorabn, semamnagt tolong menolong dan bekerjasama tu masih diteruskan. Kadang-kadang terfikir pulak in 10-20 years to come, masih ada lagi kah suasana begini. Atau semuanya di-commercialised. Sad if this happened.
shafarina said…
Selamat Hari Raya Aidiladha. Pastinya bermakna tahun ini. Hero tabah dgn dugaan Allah swt yg baru ini. Ibu pula dengan kecekalan melahirkan Akid.

:p
elle said…
selamat hari raya aidiladha..raya kali nih x blk kb, pasal br blk last week..so, kali nih beraya kat melaka(future in-law)..huhuhu..sedih..rasa mcm x raya jer..jauh bezanya kalu kat kb(sama mcm ayah ckp)..
Sya said…
OSH.. Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha. Tak tau nak komen sebab tak pernah merasa raya di negeri lain except Melaka dan Selangor. Raya Haji di Selangor rasa cam cuti biasa ajer.

Tapi aidk yg kawin or K'tan kata memang BEST raya Haji di sana. wallahualam.
Wati said…
Thanks for visiting my blog, salam Eid ul Adha to you too :)
KakNi said…
untuk raya haji ni my kids dapat sorang rm13 sebagai duit raya, so kira ok lah meriah jugak tu

jgn lah sedih OS, masih dapat menyambut raya bersama family walaupun bukan dekat kampung
AuntyN said…
Raya apa pun kat kampung yang best :-). Tu kelebihan duduk kampung ni. Bila raya ramai nak balik kampung.
Selamat Hari Raya semua. Thanks for all the wishes and comments.
lieawulf said…
hari raya qurban kat k'tan mmg best. went there to attend my fren's wedding on hari raya and they treated me like family
Liea - memang best kan, kan kan?

RojakBuah - I like that, 'sokmo & forever' as opposed to 'dulu, kini & selamanya?' :)

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Mental Blogging